Followers
Monday, 3 December 2018
PERKONGSIAN ILMU COATING
Hari ini kami ingin berkongsi sedikit ilmu tentang COATING kereta...
Ramai orang selalu keliru apa itu POLISH,WAX dan COATING.Biar saya cuba terangkan secara ringkas.
Apa itu COATING?
COATING bermaksud lapisan. Sama ada lapisan kaca, wax atau pun paint sealant dan juga
satu bahan yang digunakan untuk melindungi permukaan cat kereta selepas kereta siap di polish.
Walaubagaimanapun ianya berbeza dengan wax kerana ia lebih tahan lama dan ianya akan mengeras dan melekat pada permukaan kereta.
Kereta tidak mudah kotor kerana kotoran tidak senang melekat.Memberi kesan seperti "daun keladi".
Apa kelebihan COATING?
Ianya menjaga cat anda daripada sebarang kerosakan yang bakal anda hadapi contoh
calar-calar halus, najis burung, menjaga cat dari sinaran UV, anti karat, kalis air,
tahan daripada hujan asid dan menjadikan kereta anda sentiasa berkilat.
Apa pantang larang selepas COATING?
1. Tidak boleh POLISH kereta
2. Basuh di tempat yang menggunakan produk yang berkualiti untuk menjaga lapisan COATING
3. Servis lapisan COATING semula selepas beberapa bulan.
Apa perbezaan POLISH, WAX dan COATING?
1. POLISH : kita akan menggunakan sejenis COMPOUND yang kasar untuk menjadikan cat pada kereta anda rata semula,
membuang semua calar-calar halus dan defects cat.
2. WAX : kita akan menggunakan satu lapisan lilin di permukaan cat kereta, ianya mempunyai ciri-ciri sama seperti COATING cuma
tidak tahan pada calar dan hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja.
3. COATING : ianya seperti satu lapisan kaca yang akan di sapu atau di spray pada permukaan cat dan ianya anti calar, anti karat,
anti asid & garam, kalis air, menjaga permukaan dari sinaran UV,tahan hujan asid dan menjadikan kereta anda sentiasa dalam keadaan BERSIH dan KILAT.
Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian ilmu COATING dari kami. jika ada tersilap atau tersalah kami mohon maaf. dan juga jika anda ingin membuat COATING
pada kereta anda kami sedia membantu ada.
anda boleh hubungi atau whats app kami:
http://titaniumpackage.wasap.my/
http://titaniumpackage.wasap.my/
http://titaniumpackage.wasap.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment