TITANIUM AUTO CARE
Followers
Monday, 3 December 2018
PERKONGSIAN ILMU COATING
Hari ini kami ingin berkongsi sedikit ilmu tentang COATING kereta...
Ramai orang selalu keliru apa itu POLISH,WAX dan COATING.Biar saya cuba terangkan secara ringkas.
Apa itu COATING?
COATING bermaksud lapisan. Sama ada lapisan kaca, wax atau pun paint sealant dan juga
satu bahan yang digunakan untuk melindungi permukaan cat kereta selepas kereta siap di polish.
Walaubagaimanapun ianya berbeza dengan wax kerana ia lebih tahan lama dan ianya akan mengeras dan melekat pada permukaan kereta.
Kereta tidak mudah kotor kerana kotoran tidak senang melekat.Memberi kesan seperti "daun keladi".
Apa kelebihan COATING?
Ianya menjaga cat anda daripada sebarang kerosakan yang bakal anda hadapi contoh
calar-calar halus, najis burung, menjaga cat dari sinaran UV, anti karat, kalis air,
tahan daripada hujan asid dan menjadikan kereta anda sentiasa berkilat.
Apa pantang larang selepas COATING?
1. Tidak boleh POLISH kereta
2. Basuh di tempat yang menggunakan produk yang berkualiti untuk menjaga lapisan COATING
3. Servis lapisan COATING semula selepas beberapa bulan.
Apa perbezaan POLISH, WAX dan COATING?
1. POLISH : kita akan menggunakan sejenis COMPOUND yang kasar untuk menjadikan cat pada kereta anda rata semula,
membuang semua calar-calar halus dan defects cat.
2. WAX : kita akan menggunakan satu lapisan lilin di permukaan cat kereta, ianya mempunyai ciri-ciri sama seperti COATING cuma
tidak tahan pada calar dan hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja.
3. COATING : ianya seperti satu lapisan kaca yang akan di sapu atau di spray pada permukaan cat dan ianya anti calar, anti karat,
anti asid & garam, kalis air, menjaga permukaan dari sinaran UV,tahan hujan asid dan menjadikan kereta anda sentiasa dalam keadaan BERSIH dan KILAT.
Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian ilmu COATING dari kami. jika ada tersilap atau tersalah kami mohon maaf. dan juga jika anda ingin membuat COATING
pada kereta anda kami sedia membantu ada.
anda boleh hubungi atau whats app kami:
http://titaniumpackage.wasap.my/
http://titaniumpackage.wasap.my/
http://titaniumpackage.wasap.my/
COATING KERETA...
Semua orang yang ada kereta sendiri mesti faham perasaan ni. Kereta tu dah macam pasangan setia yang kalau takde sehari mesti tak lengkap hidup. Mana taknya, setiap hari pakai kereta pergi kerja ke sana ke mari. Bagi orang lelaki terutamanya, kereta ni dah macam girlfriend dia.
Mesti nak kena jaga dan kalau boleh nak bagi cantik berkilat, barulah sedap mata memandang dan konfiden nak drive dan show-off ke mana-mana. Hehe..
Betul ke Betul? Tapi masalahnya ramai yang tak jaga kereta dia sebab dia ingat mahal nak kena upah harga kedai. Hmmm.. hari ni kami nak selesaikan masalah ni. Hanya untuk anda yang mengalami dilema yang sama macam ni.
1. TAKUT cat pudar
2. TAKUR kereta calar
3. MALAS nak cuci kereta
4. NAK kereta kilat macam baru beli
jangan risau kami di TITANIUM AUTO CARE boleh membantu ada menyelesaikan MASALAH ini.
PROMOSI AKHIR TAHUN
Seperti yang di janji kan bermula 1.12.2018 sehingga 31.12.2018
Kami di titanium auto care memberikan diskaun sebanyak RM50 kepada perkhidmatan POLISH SERTA FREE WAX lagi.
Ye boss Rm 50 diskaun tu. Dan FREE WAX. Kepada anda yang dah lama kereta tak di belai dan di sental tu boleh pakat2 mai kedai kami di taman tuanku jaafar.
Serta ada juga hadiah misteri yang menanti anda. So apa tunggu lagi whatsapp kami untuk booking
Tuesday, 10 January 2017
Car Wash Bisnes
Ketika ini perniagaan mencuci kenderaan sedang berkembang di seluruh Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan peningkatan jumlah pengguna kenderaan. Bagi kebanyakan kita yang sibuk dengan rutin harian, mencuci kenderaan peribadi merupakan suatu perkara yang remeh kerana kita tidak banyak masa lapang untuk melakukannya. Kebanyakan daripada kita lebih suka menggunakan khidmat mencuci kereta.
Maka tidak hairanlah perniagaan ini masih mempunyai prospek yang cerah. Bagi anda yang mengambil keputusan untuk menceburi perniagaan mencuci kereta, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda fikirkan dalam menjalankan perniagaan mencuci kereta:
1. Pilih Lokasi Yang Sesuai
Lokasi merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi untung-rugi sesuatu perniagaan. Untuk menjalankan perniagaan mencuci kereta, setiap pengusaha harus memilih lokasi yang strategik dan sesuai. Anda boleh memilih lokasi di mana terdapat banyak laluan kenderaan, contohnya di tepi jalan. Supaya lebih diketahui ramai, anda perlu memasang sepanduk besar untuk mendapat perhatian ramai.

2. Utamakan Keselesaan
Memandangkan persaingan dalam perniagaan ini amat sengit, anda perlu pandai-pandai menyediakan ruang yang selesa untuk para pelanggan. Jika perlu, anda boleh menyediakan minuman atau makanan ringan kepada pelanggan yang menunggu kenderaan mereka dicuci. Selain itu, anda juga boleh menyediakan televisyen, surat khabar, muzik dan majalah agar para pelanggan tidak bosan menunggu kereta mereka siap dicuci.

3. Perbaiki Mutu Perkhidmatan
Setiap pelanggan akan mengunjungi kembali kedai anda jika mutu perkhidmatan yang diber memuaskan hati mereka. Oleh itu, pastikan terlebih dahulu bahawa hasil pencucian kereta di tempat anda mempunyai kualiti yang baik and hasil yang bersih.

4. Berikan Layanan Yang Baik
Dalam menjalankan perusahaan mencuci kereta, layanan pelanggan merupakan salah satu perkara yang berlu dititikberatkan. Jika anda memberi layanan yang baik, sudah pasti ramai yang akan kembali mengunjngi dan mendapatkan perkhidmatan cucian kedai anda. Manakala jika layanan yang anda berikan kurang memuaskan pelanggan mungkin tidak akan mengunjungi kedai anda lagi.

Oleh itu, pastikan anda dan pekerja-pekerja anda memberikan layanan terbaik kepada para pelanggan yang berkunjung. Terutama sekali berikan layanan yang mesra, baik dan cepat, yang menyebabkan pelanggan and berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Di samping itu, kejujuran juga menjadi kunci kejayaan anda dalam perniagaan. Pastikan tidak ada pelanggan yang membuat aduan kehilangan barang dari kereta mereka. Jagalah keselamatan kenderaan yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Anda perlu mengingatkan pelanggan untuk tidak menyimpan barang berharga di dalam kereta mereka.
5. Ambil Perhatian Akan Air Yang Digunakan
Air merupakan sumber utama dalam proses mencuci kenderaan. Ambil perhatian terhadap keadaan air yang anda gunakan, samada kotor atau keruh dan berpasir. Jika salah satu kriteria tadi menjejaskan kualiti air yang digunakan, maka anda dinasihatkan supaya tidak menggunakannya untuk mencuci kereta.

Anda mungkin tidak menyedari bahawa air yang keruh juga mengandungi kotoran yang halus. Lama kelamaan kotoran ini akan termendap dan menjadi tompokan pada kereta pelanggan. Hal ini dapat diperhatikan pada badan kereta yang semakin lama semakin muram dan kusam. Perkara ini dapat dielakkan dengan menggunakan penakung air yang dilengkapi dengan penapis air.
6. Peralatan Mencuci
Secara umumnya, peralatan yang diperlukan dalam perniagaan mencuci kereta termasuklah compressor atau steam wash. Jadi untuk memulakan perniagaan ini, sebaik-baiknya pastikan peralatan perniagaan lengkap disediakan. Pilihlah peralatan yang berkualiti supaya anda tidak perlu membazir wang untuk memperbaiki alat-alat yang mudah rosak.

Selain daripada peralatan untuk mencuci, anda juga disarankan menggunakan syampu kereta yang berkualiti. Syampu kereta yang berkualiti akan memudahkan kerja-kerja mencuci kereta dan lebih ekonomi.
7. Perjalanan Kewangan
Secara amnya, kita mesti perlu ada elmu tentang kewangan. iaitu basic kepada kewangan seperti pengeluaran duit keluar masuk ( cash flow), penyata untung rugi dan pembelian stok. Dengan ada nya elmu ini mungkin dapat memberi impak kepada perniagaan anda.
Semoga apa yang kami sampaikan dalam artikel ini dapat membantu anda dalam membangunkan perniagaan mencuci kereta. kami doakan anda kaya dan berjaya didalam apa jua perniagaan sekalipun.
Cara Basuh Kereta
1. Guna 2 bucket system: iaitu satu baldi ialah “car shampoo” sahaja manakala satu lagi baldi “rinse water”.
2. Selalunya basuh pada tempat yang dijauhi daripada matahari dan semasa kereta anda tidak panas.
3. Kain yang digunakan perlu microfiber towel. Pilihlah wash mitt yang berkualiti. Kain yg digunakan untuk cuci wheels dan rims jangan campur dgn yang digunakan untuk bahagian lain kereta.

Langkah – langkah:
1. Guna air tekanan tinggi untuk seluruh kereta
2. Mulai dengan wheels dan rims. Sebiji wheels sekali. Rims boleh dicuci dengan Sonax wheels cleaner
3. Basuh wheels dan rims.
4. Mulai basuh bumbung kereta dan juga tingkap-tinkap kereta. Basuh sekali dah cukup, basuh di tempat sama secara berulangan akan mencalarkan cat kereta anda.
5. Rinse dengan air bahagian bumbung dan tingkap supaya semua bubble sabun kereta hilang. Jangan tunggu sampai basuh seluruh kereta baru rinse sabun kereta kerana sabun yang kering akan menyebabkan water spot kat cat kereta.
6. Teruskan ke bonet, dan bahagian – bahagian lain kereta.
7. Guna air tekanan tinggi untuk rinse bersih seluruh kereta, termasuklah bahagian wheels.
8. Guna air tekanan biasa dengan hose sahaja untuk menyenangkan anda mengeringkan kereta anda nanti.
9. Keringkan kereta anda dengan Microfiber towel.

Bahagian atas adalah cara cuci kereta biasa. Jikalau guna rinseless car shampoo. Bezalah cara cucinya.
Selepas tu bubuh lah wax/sealant unttk melindungi cat kereta anda yang bersih. Kalau anda sibuk, boleh guna spray wax, hanya 10-15 minit sahaja utk seluruh kereta.
Selepas tu, spray lah instant detailer untuk menguatkan rintangan terhadap habuk dan minyak. Selamat mencuba...
Friday, 6 January 2017
TIP MENCUCI KENDERAAN
Penulis rasa semua orang tahu bagaimana hendak mencuci kereta. Kebanyakan kita sudah biasa membasuh kereta ayah ataupun ibu sejak dari kecil bukan? Mungkin disebabkan masa yang semakin padat dengan jadual harian membuatkan kita menggunakan servis membasuh kereta yang cepat dan memudahkan.
Sehingga kini, jika mempunyai masa lapang penulis akan membasuh kereta dan apa yang bagusnya selain dapat mengeluarkan peluh, aktiviti ini dapat menjimatkan wang perbelanjaan. Tapi tahukah anda, ramai orang tidak tahu mencuci kereta mengikut cara yang betul?
Walaupun di tempat servis pencucian kereta, ada pekerja yang menggunakan teknik yang salah dan masih ramai yang tidak sedar akan akibatnya nanti.
Baiklah, biar penulis cerita sedikit mengenai punca masalah ini.
Pertama, tahukah anda kereta akan membawa kekotoran pasir halus yang melekat? Kedua, tahukah anda kereta kita mungkin terkena najis haiwan seperti burung, kelawar? Ketiga, tahukah anda kereta kita mungkin terkena getah daun pokok apabila kita memasuki tempat letak kereta.
Ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan pada cat kereta anda.
Sebagai langkah pertama, apabila kereta kita kotor, kekotoran yang melekat pada badan kereta kita akan membawakan pasir yang halus. Apa terjadi bila pasir tadi apabila digosok? Ia akan menyebabkan cat terhakis atau calar jika tidak menggunakan teknik betul semasa mencuci kereta anda.
Sebelum memulakan aktiviti membasuh kereta ini, pastikan air yang digunakan bersih dan tidak berkarat.
1. Mula-mula basahkan kereta anda dari atas dahulu dan perlahan-lahan basahkan hingga kebawah, ini untuk memberi laluan kepada kotoran dan pasir jatuh ke bawah, dan bukannya dari bawah ke atas. Pastikan semua bahagian badan kereta benar-benar basah. Biarkan ia basah dulu dalam beberapa minit. Jangan anda terus mengosok dengan kain pencuci kerana pasir halus yang melekat di badan kereta belum tentu hilang kesemuanya.
2. Kemudian bolehlah dilap dengan kain cuci atau menggunakan span. Mulakan dari atas bumbung dahulu kemudian turun kebawah. Tujuannya untuk memberi laluan kepada kekotoran dari atas turun kebawah dan untuk mengelakkan bahagian yang hendak dicuci nanti tiada pasir masih terlekat jangan mulakan dari bawah ke atas sebab kain cuci atau span yang kita guna akan membawa kekotoran dan pasir kebahagian atas ). Kemudian seluruh cermin depan belakang dan sisi dan barulah bahagian pintu bonet dan boot belakang. Yang terakhir sekali barulah bahagian bawah pintu bumper depan dan belakang fender dan skirt kalau ada. Setiap bahagian yang dicuci pastikan kain atau sponge anda direndam dalam baldi pencuci untuk membuang kotoran dan pasir.
3. Akhir sekali barulah dibilas dengan air dimulai dari atas dulu dan perlahan-lahan ke bawah. Selesai saja mengelap bahagian badan kereta anda dengan kain kering dan bagi memastikan kereta betul-betul dicuci pastikan bahagian sisi pintu dan sisi boot belakang anda dicuci. Selalunya kekotoran akan melekat pada sisi pintu dan jika dibiarkan ia akan kekal dan menjadi ia sukar untuk dibersihkan. Untuk bahagian rim boleh dicuci menggunakan kain atau sponge manakala tayar pula boleh gunakan berus serabut.
4. Bagi memberikan kenderaan anda tampak seperti baru, anda boleh menggunakan bahan pengilat kereta yang boleh didapati dipasaran. Gunakan dengan yang bersesuaian seperti pengilat dalam kereta untuk dalam kereta saja dan pengilat tayar untuk tayar saja, tidak perlu membazir wang anda untuk membeli jenama yang mahal. Ingin dingatkan juga terdapat pelbagai produk pengilat yang berada di pasaran, salah satunya yang biasa kita lihat di pasar malam yang berharga kurang dari RM10. Anda harus berhati-hati kerana pengilat kereta yang kurang berkualiti ini selalunya akan merosakan cat anda dalam jangka masa yang panjang. Biarlah mahal sedikit asal berkualiti.
5. Untuk masalah kotoran najis haiwan dan getah daun jika tedapat dipermukaan kereta, hendaklah dibersihkan serta merta dengan air dan untuk getah daun pastikan anda gunakan bahan pencuci yang diiktiraf kualitinya. Najis haiwan dan getah daun merupakan bahan asid yang dapat menghakis cat kereta anda dan akan menyebabkan karat jika dibiarkan.
Selamat mencuba dan mencuci kenderaan anda!
Sumber: Siakapkeli

Subscribe to:
Comments (Atom)